About Us

1.0        PENGENALAN

 

1.1        LATAR BELAKANG SYARIKAT

 

Muhaimi  Auto Service (MASAUTO) telah ditubuhkan, pada 3 Julai 1997  di bawah Akta pendaftaran perniagaan 1956 dan terus  beroperasi sehingga ke hari ini dengan objektif untuk memberikan perkhidmatan membaikpulih kenderaan berat dan perdagangan yang memuaskan kepada pelanggan. Setelah beroperasi selama 20 tahun di Kelantan,7 tahun di Selangor.Kini kami mula menembusi pasaran di Kuala Terengganu,dengan pembukaan cawangan keduanya dikawasan industri Gong Badak.

 

        1.2    VISI

 

Visi MASAUTO adalah untuk menjadi sebuah syarikat ‘BUMIPUTERA’ terkemuka yang memainkan peranan utama dalam bidang automotif.

 

          1.3    MISI

 

Misi MASAUTO adalah untuk menyediakan perkhidmatan membaikpulih kenderaan yang komprenhensif  serta berdaya saing bagi memenuhi kehendak pelanggan yang menyeluruh. Bagi menyempurnakan misi ini, MASAUTO akan berinovatif dan berpandangan jauh, prihatin dan menyesuaikan diri dengan perubahan kehendak pelanggan dan persekitaran pasaran, komited kepada kecekapan, keberkesanan kos, keberuntungan dan tanggungjawab sosial serta berkemampuan menggunakan peluang dalam  menghadapi cabaran baru.

 

 

 

 

2.0 SKOP PERNIAGAAN

 

Skop perniagaan MASAUTO dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:

 

Ø  Perkhidmatan Membaikpulih Kenderaan

Perkhidmatan membaikpulih kenderaan berat ini disediakan untuk kesemua  kenderaan berenjin DIESEL & PETROL . Skop kerja kami  adalah meliputi:

 

ü  Service keseluruhan

ü  Kerja-kerja mengetok & mengecat body

ü  Kerja-kerja aircond

ü  Wirering

ü  Transmission.

ü  Membekal alat ganti

ü  Menyediakan perkhidmatan MENGAMBIL dan MENGHANTAR kenderaan yang hendak dibaikpulih

 

Ø  Persediaan Kenderaan untuk  pemeriksaan PUSPAKOM.

MASAUTO telah diberi kepercayaan oleh beberapa firma kerajaan untuk menyediakan  perkhidmatan persediaan kenderaan sebelum dihantar kepada PUSPAKOM untuk tujuan kelulusan permit “boleh guna” . Ini adalah kesan daripada  perkhidmatan bermutu dan cekap yang diberikan oleh organisasi ini kepada pelanggan.

 

Ø  Perkhidmatan bergerak MASSB / Break Down Servces.

MASAUTO juga menyediakan perkhidmatan bergerak 24 jam atau Break Down Services untuk kenderaan yang rosak semasa dalam perjalanan. Ini kerana MASAUTO berpendapat

kos penyelenggaraan kenderaan yang rosak akan lebih ekonomik jika dibaiki di lokasi daripada ditunda ke bengkel kecuali jika berlaku kerosakkan yang besar.

 

 

Ø  WAKIL SAH WESTSTAR LDV

Sebagai wakil pusat servis (AUTHORIZED SERVICE DEALER) berkomputer “WESTSTAR LDV DISTRIBUTORS SDN. BHD” yang menjalankan servis dan

Baikpulih kenderaan “MAXUS” merangkumi alatganti tulen & jaminan bagi kenderaan LDV yang baru berdaftar.

 

Ø  FIRMA PERUNDING / PENCERAMAH AUTOMOTIF (MARA)

Dilantik oleh MARA sebagai firma perunding & penceramah dalam bidang automotif (baikpulih kenderaan) pada setiap seminar yang dianjurkan oleh pihak MARA.

 

 

Khidmat Sokongan Breakdown 24 jam adalah meliputi kawasan berikut:

 

Zon Timur 1             ~          Kota Bharu – Grik (Perak )

~          Kota Bharu – Raub (Pahang )

            Zon Timur 2             -           Kuala Terengganu-kuantan(Pahang)

 

Zon Tengah             ~          Kuala Lumpur – Selangor

                                    ~          Kuala Lumpur  - Bentong (Pahang )

                                    ~          Kuala Lumpur -  Seremban (Negeri Sembilan )